“Ring! Ring! Ring! ”, jam loceng berbunyi.
Mata Badi terkebil-kebil melihat jam tersebut, 5.00 am. Dengan rase tak bestnye bangun pepagi buta untuk bersahur, Badi memaksa kepalanya yang berat tu untuk bangun jugak.Dia melihat rakan-rakan sebiliknya masih tidur dengan nyenyak sambil mengisap ibu jari mereka. Badi berasa hairan selalunya bila berpuasa rakan-rakan sebiliknya yang bangun dulu sebelumnya.
“Oi, bangun! Budin, Tam, bangun oi!”, Badi cuba mengejutkan rakannya.
“Kejap la mak. Awal lagi nak pegi skola la”, jawab Budin yang sedang mengigau pada waktu itu.
Badi yang dah ngam ngan perangai membernya tu pun biarkan jer sebab bila dikejut lagi nanti macam-macam lagi ayat pelik-pelik yang kuar nanti. Badi membuka almarinya.
“Wah, best giler ah.. Biskut and milo je ade.. perh”.
Badi memaksa dirinya untuk rase best walaupun tak. Pagi tu Badi hanya bersahurkan biskut gula dan milo saje.. Beliau pun sambung tidur selepas solat subuh. Jam menunjukkan pukul 10.30am. Badi bersiap untuk ke kelas. Member sebiliknya sudahpun keluar awal pagi tadi.
Dalam perjalanan di kaki lima asramanya, Badi ternampak bebudak di bilik sebelahnya sedang seronok ber-breakfast koko krunch. Mereka makan sambil bergelak ketawa.
“Oi, bodo betol! Korang sukati je makan time-time camni. Kalau tengahari korang makan aku paham la korang tak tahan”, tegur Badi dengan tegas.
Beliau terus beredar. Bebudak dalam bilik tersebut berasa hairan dengan terjahan Badi tadi. Ada yang tercekik kokokrunch pun ada.
“Dia ingat dia dalam rancangan Melodi nak terjah-terjah”, kata salah seorang dari bebudak dalam bilik tersebut.
Hati Badi membara-bara. Boleh dikatakan marah tahap dewa la. Dia berasa kecewa kerana semenjak ni sudah ramai meninggalkan ibadah pose.
Dalam perjalanan ke kelas. Badi ternampak seorang yang gembira semacam. Badi berasa musykil dengan keadaan budak tersebut yang seronok giler tu. Bermacam-macam perkara yang terlintas di fikiran Badi. Tetapi Badi tidak mahu berfikir bukan-bukan takut-takut pahala puasanya kurang.
Badi berjalan semakin hamper dengan budak tersebut. Tiba-tiba, Badi ternampak sesuatu yang menyeronokkan budak tu.
“Chet! Tak gune punyer budak. Orang pose mane boleh korek idung. Ko tau tak aktiviti ko tu membuat aku jeles”, Marah Badi kepada budak tersebut. Lalu budak itu pun nangis dan terus lari masuk toilet. Rupa-rupanya perkara yang menyeronokkan budak itu hanyalah aktiviti mengorek idung.
Perasaan Badi semakin marah. Dia hanya perdamkan di dalam hatinya sahaja. Badi tiba di kelas. Beliau menjalani pembelajaran seperti biasa tetapi beliau tidak focus sepenuhnya kerana terbayangkan muka budak tadi yang seronok mengorek idung.
Setelah tamat kelas, Badi terus pulang ke biliknya. Beliau berasa sangat letih. Dugaan posenya hari tu memang kuat. Badi tiba di biliknya. Apabila beliau membuka pintu biliknya, beliau ternampak member-member biliknya sedang seronok menjamu selera.
“Oi, bertuahnyer member-memberku sekalian. Aku tau la korang tak sahur tapi takkan sejam lagi nak buke korang dah makan”, marah Badi.
“Eskius me,Badi. Sebelum perbalahan berlaku aku nak explain kat ko satu bende. Yang pose tu ko sorang. Sedar sket ko tu pose ganti. Bulan pose tak nak pose, skang bru nak pose”, tegur rakannya bernama Budin.
Baru Badi sedar. Beliau ingatkan dia masih berada dalam bulan Ramadhan. Dia rasa malu tahap dewa gak la. Adeh…